TINGGALKAN JEJAK ANDA :

Thursday, December 6, 2012

[ 015 ] IKON SEKOLAH IZZUDDIN SHAH

| Bumi tarbiyah lagikan dikenang, Sekolah Izzuddin Shah gah pada namanya di seantero negeri Perak, bahkan di Malaysia umumnya. Bagi entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai ikon yang perlu dicontohi yang pernah berada di tempat pentarbiyahan yang sama iaitu bumi izzuddin shah. Berkelana di bumi bertuah ini selama lima tahun semenjak tahun 2004 sehingga 2008 memberi banyak kenangan yang boleh menjadi memoir kehidupan akan datang. Tak kenal maka tak cinta, maka marilah berta'aruf dengan bumi bertuah ini yang bergelar bumi barakah Izzuddin Shah |

Bumi Barakah Izzuddin Shah

| Sekolah Izzuddin Shah (SIS) merupakan sekolah menengah agama yang pertama ditubuhkan di Malaysia berorientasikan sekolah berasrama penuh khas untuk pelajar lelaki dan menawarkan kedua-dua aliran pengajian agama berasaskan kurikulum institusi pengajian Islam terkemuka dunia iaitu Al-Azhar serta kurikulum kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ditubuhkan pada 1959, sekolah ini merupakan antara idea cetusan Menteri Besar Perak yang pertama selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Tan Sri Haji Ghazali bin Jawi dan telah dinamakan sempena Ke Bawah DYMM Paduka Sultan Perak Sultan Yusuf Izzuddin Shah yang turut berkenan mencemar duli merasmikan sekolah tersebut pada tahun yang sama. |

| Selain daripada sekolah ini, satu lagi sekolah yang mempunyai orientasi yang sama tetapi khas untuk pelajar perempuan turut didirikan setahun kemudian iaitu Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah (SERATA) dan terletak kira-kira 5 kilometer dari SIS dan berhampiran dengan kediaman rasmi Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Pada waktu tersebut, SIS (dan SERATA) mula membuka kelas untuk tingkatan satu dengan menerima pelajar-pelajar Melayu dari sekolah-sekolah Melayu serata Perak, khususnya di sekitar Ipoh. Kumpulan pertama pelajar SIS ini belajar sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SIS menawarkan pembelajaran sehingga kelulusan SPM dan pada awal tahun 80-an, sekolah mula menawarkan pembelajaran di tingkatan enam dengan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan menawarkan kelas tingkatan enam kepada pelajar perempuan. |

...................................................................................................................................................................



IKON PERTAMA
[ wakil izzuddin di parlimen negara ]



YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


|  YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Menteri di Kementerian Pertahanan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009. Zahid Hamidi dilahirkan pada 4 Januari 1953di Kampung Sungai Nipah Darat,Rungkup, Bagan Datoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. |

|  Selepas itu beliau menyampung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976.Selanjutnya mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication .Seterusnya M.Sc jurusan Komunikasi Koprporat dari UPM.Seterusnya mendapat PhD dari Universiti Putra Malaysia (UPM) semasa 'cuti rehat' selepas tahanan ISA 1998. Semasa di universiti , beliau menjadi editor tabloid 'Mahasiswa Negara' yang diterbitkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. |


|  Beliau seorang bankers dan pernah berkhidmat di beberapa bank seperti OCBC,Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1995-1998) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB).Pengurus Pemasaran di Amanah Saham Nasional Berhad, Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad , Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad dan Pengerusi Ramatex Berhad. Pada 1999 menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Pada 2007, Ahmad Zahid bersama pasukan motosikal besar berkonvoi ke seluruh Malaysia termasuk Indonesia untuk mempromosikan pelancongan Malaysia. Konvoi ini menjelajah  Sumatera,Jawa dan Bali di Indonesia. |


...................................................................................................................................................................


IKON KEDUA

[ wakil izzuddin di medan penulisan ]


Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

| Ustaz Hasrizal memegang ijazah sarjana muda (Hons.) in Sharia & Islamic Studies dari Mu’tah University, Jordan. Sebelum itu, Hasrizal menuntut di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh 88-92. Berpengalaman sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre Northern Ireland, dan beberapa masjid sekitar Republic of Ireland,kemudiannya bertugas sebagai Penolong Pengarah di Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Ustaz Hasrizal dilantik sebagai Kaunselor Pelawat dan Muslim Chaplain pertama di Institut Jantung Negara (IJN) pada Februari 2007. |



|  Kini, beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan Synergy Training & Consulting (STC), sebuah syarikat perundingan dan latihan yang menjalankan program-program pembangunan diri, terutamanya di kalangan remaja dan belia negara. Ustaz Hasrizal juga telah berjaya menghasilkan buku pertama beliau, AKU TERIMA NIKAHNYA, yang menjadi National Best Sellers, dengan 40 ribu naskhah terjual pada dua tahun pertama penerbitan. Beliau juga telah menulis enam buah buku iaitu, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, MURABBI CINTA, RINDU BAU POHON TIN, SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH, TRANSFORMASI RAMADAN dan EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA. |

|  Berumahtangga dengan Dr. Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin, seorang pegawai perubatan dan pensyarah pelatih di Jabatan Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan UKM, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu, Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah, Muhammad Imaduddin dan Ahmad Muizzuddin. |

...................................................................................................................................................................

IKON KETIGA
[wakil izzuddin di pentas imam muda]

Imam Muda Hassan

|  Nama sebenar Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26. Kini Di kenali sebagai Imam Muda Hassan. Beliau seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM). Beliau dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak. |

|  Kini beliau menjadi Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu.Mempunyai banyak pengalaman membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan. |

|  Juara Imam Muda 2 mendapat tajaan penuh biasiswa pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah oleh Yayasan Al-Madinah, sebuah kereta Proton Exora tajaan Proton Edar, pakej haji dan umrah tajaan Salamfone, wang tunai sebanyak RM30,000 berserta iPad tajaan Astro, wang tunai sebanyak RM25,000 berserta telefon bimbit tajaan Bank Islam, baucar perabot Jati bernilai RM15,000 oleh Jatimas, sebuah Macbook tajaan Infotech Quest Sdn. Bhd., pakej percutian ke Vietnam tajaan Hiraq Marketing, sebuah kamera digital tajaan Brother In Racing dan sebuah trofi serta dua sijil penghargaan dan pentauliahan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). |

...................................................................................................................................................................

| MasyaAllah, hebatkan mereka? InsyaALLAH tekadkan niat untuk berjaya dengan cemerlang dan sumbangkan kerjayaan anda kejalan yang Allah redhai. Ambil yang jernih buang yang keruh, yang baik jadikan tauladan, yang kurang baik tunjukan jalan. |


|  Musolla Al-Azam, Izzuddin Shah |

1 comment: