:: Ustaz Azhar Idrus ::
[ Mempunyai peminat seramai 1,016,197 di Page Ustaz Azhar Idrus (Original) ] |
|Ustaz Azhar Idrus (UAI) ialah penceramah bebas di Malaysia dari Terengganu. Ribuan penonton hadir kerana meminati gaya penyampaiannya. Ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena. Orang ramai boleh bertanya soalan secara terus dan dijawab secara spontan.Ustaz Azhar Idrus lahir di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. |
|Ustaz Azhar Idrus mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Jadi beliau tidak pernah belajar ke Sekolah Arab, Sekolah Pondok, Madrasah atau Sekolah Agama.|
| Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamour. Beliau pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985. Beliau juga seorang jurugambar yang baik. Oleh itu beliau mesra dan serasi dengan orang muda. Ceramah beliau yang disertai pelawak Zizan Raja Lawak cukup menarik perhatian ramai. Beliau turut aktif di internet seperti di http://ustazazhar.net/ dan fotografi di http://www.digitalmukmin.com/.|
| Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal. Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.|
| Beliau mulai belajar agama sekitar tahun 1990 setelah rakan muziknya menghilang dan belajar agama di Patani. Sejak itu beliau mula berguru dengan Tuan Guru Hj Syed Mokhtar ; ( 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi) ; Tuan Guru Mohd Tahir (Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah ) ; Tuan Guru Mohd Hakim (Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh ) ; Tuan Guru Hj Hasyim ( Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh) ;Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah) ; Tuan Guru Hj Muhammad Zubir (ilmu fiqh & nahwu) dan Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai - ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir dan Balahgoh).|
| Ustaz Zahazan Mohamed dilahirkan di Melaka pada tahun 1974. Mendapat pedidikan rendah di Sek Keb Kg Gelam, Melaka antara tahun 1981-1986. Bersekolah menengah di SMKA Sultan Muhammad, Melaka dalam tingkatan 1-3 pada tahun 1987-89. Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4, dalam jurusan Sains Sosial di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang hingga tahun 1991. Meneruskan pendidikan ke peringkat Ijazah antara tahun 1992-96 dalam Bahasa Arab & Syariah di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.|
| Kembali ke Malaysia lalu menyambung Dip. In Education di MPI, Bangi dalam tahun 1997. Meraih Sarjana dalam bidang Bahasa Arab dari UM pada tahun 2001. Menyambung PhD dalam bidang & universiti yang sama selepas itu. Bertugas sebagai pensyarah Bahasa Arab di Jab. Bahasa al-Quran, di CELPAD UIA dari tahun 1998-Mei 2009. Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jamaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji. Biasa terlibat dalam bidang dakwah di akhbar, majalah, radio dan TV dalam dan luar negara.|
| Pahrol Mohamad Juoi dilahirkan di Ipoh, Perak pada 20 hb. Mei 1961. Memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.|
| Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis. Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.|
|Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan. Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.|
| Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari). Pernah menuntut dan memperolehi ijazah dan sanad dari para guru di Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan Mesir. |
| Pengalaman berdakwah, membentangkan kertas kerja dan mengajar secara formal dan tidak formal lebih 10 tahun di pelbagai tempat di Malaysia, Singapura, United Kingdom, Republik Ireland, Australia, Jordan, Jepun, dan kepada para mahasiswa Nusantara di Universiti Al-Azhar, Mesir.|
|Telah memimpin pelbagai persatuan dan aktiviti pelajar dan belia dari tahun 1996 hingga tahun 2002. Bertanggungjawab menyelia dan menyemak puluhan kertas kerja, kajian dan buku karangan mahasiswa Al-Azhar. Juga aktif sebagai moderator agama di iLuvIslam.com serta penulis blog di aljoofre.iluvislam.com.|
|Pernah berkhidmat sebagai Konsultan Syariah kepada Syarikat Salamfone serta Mantop Consultancy and Training, serta Ahli Jawatankuasa Pengurusan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA). Kerap kali muncul di kaca TV melalui rancangan seperti “Tanyalah Ustaz”, “Hujah”, “Nasi Lemak Kopi O” di TV9 serta rancangan “Assalamualaikum” dan “Muhasabah” di TV Alhijrah, juga pengisi tetap rancangan mingguan di Radio IKIM.fm, “Baiti Jannati. Kini merupakan seorang pendakwah yang aktif ke seluruh negara dan menetap di Kuala Lumpur bersama seorang isteri dan tiga orang anak.|
| Muhamad bin Abdullah Al-Amin. Amin adalah nama di kalangan keluarga. Pendidikan awal di Johor, pada umur 15 ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian meneruskan pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan. Kemudian di UM Nilam Puri Kelantan, sering berulang dan belajar di Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas. Setelah tamat di UM, ke Maahad Ihsaniah Penang. Diterima masuk ke Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir. Sekembalinya, mengambil Diploma Administration Of Islamic Judiciary (DAIJ) di UIAM. Kemudian membuat Master di UM. Kini sedang menulis di peringkat Phd di UM|.
| Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamour. Beliau pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985. Beliau juga seorang jurugambar yang baik. Oleh itu beliau mesra dan serasi dengan orang muda. Ceramah beliau yang disertai pelawak Zizan Raja Lawak cukup menarik perhatian ramai. Beliau turut aktif di internet seperti di http://ustazazhar.net/ dan fotografi di http://www.digitalmukmin.com/.|
| Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal. Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.|
| Beliau mulai belajar agama sekitar tahun 1990 setelah rakan muziknya menghilang dan belajar agama di Patani. Sejak itu beliau mula berguru dengan Tuan Guru Hj Syed Mokhtar ; ( 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi) ; Tuan Guru Mohd Tahir (Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah ) ; Tuan Guru Mohd Hakim (Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh ) ; Tuan Guru Hj Hasyim ( Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh) ;Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah) ; Tuan Guru Hj Muhammad Zubir (ilmu fiqh & nahwu) dan Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai - ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir dan Balahgoh).|
..............................................................................................................................................................
:: Ustaz Khazim Elias ::
[ Mempunyai peminat seramai 383,203 di Page Ustaz Mohd Kazim Elias ]
| Al Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz adalah merupakan Pengerusi PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Selain mengajar sepenuh masa untuk kelas pengajian di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH, beliau juga aktif menyampaikan kuliah dan ceramah bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga di seluruh Malaysia. Al Fadhil Ustaz Kazim juga adalah merupakan penceramah tetap di Radio Perak FM.|
............................................................................................................................................................
:: Ustaz Zaharuddin ::
|
[ Mempunyai peminat seramai 354,212 di Page Zaharuddin.net ]
| Nama beliau bukan sahaja terkenal di serata pelusuk negeri di Malaysia, bahkan juga di luar negara. Ustaz Haji Zaharuddin bin Haji Abd Rahman merupakan seorang pendakwah bebas, pengacara, pensyarah dan juga pakar dalam bidang perbankan Islam.|
Jawatan Sekarang
Kelulusan
Pengalaman
Buku ( Books published / to be )
........................................................................................................................................................
:: Ustaz Zahazan Mohamed ::
[ Mempunyai peminat seramai 561,242 di Page Ustaz Zahazan Mohamed ] |
| Ustaz Zahazan Mohamed dilahirkan di Melaka pada tahun 1974. Mendapat pedidikan rendah di Sek Keb Kg Gelam, Melaka antara tahun 1981-1986. Bersekolah menengah di SMKA Sultan Muhammad, Melaka dalam tingkatan 1-3 pada tahun 1987-89. Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4, dalam jurusan Sains Sosial di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang hingga tahun 1991. Meneruskan pendidikan ke peringkat Ijazah antara tahun 1992-96 dalam Bahasa Arab & Syariah di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.|
| Kembali ke Malaysia lalu menyambung Dip. In Education di MPI, Bangi dalam tahun 1997. Meraih Sarjana dalam bidang Bahasa Arab dari UM pada tahun 2001. Menyambung PhD dalam bidang & universiti yang sama selepas itu. Bertugas sebagai pensyarah Bahasa Arab di Jab. Bahasa al-Quran, di CELPAD UIA dari tahun 1998-Mei 2009. Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jamaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji. Biasa terlibat dalam bidang dakwah di akhbar, majalah, radio dan TV dalam dan luar negara.|
...............................................................................................................................................................
:: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ::
[ Mempunyai peminat seramai 39,731 di Page Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ]
| Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis. Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.|
|Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan. Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.|
...............................................................................................................................................................
:: Ustaz Hazrizal Abdul Jamil ::
[ Mempunyai peminat seramai 43,354 di Page Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ]
| Ustaz Hasrizal memegang ijazah sarjana muda (Hons.) in Sharia & Islamic Studies dari Mu’tah University, Jordan. Sebelum itu, Hasrizal menuntut di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh 88-92. Berpengalaman sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre Northern Ireland, dan beberapa masjid sekitar Republic of Ireland,kemudiannya bertugas sebagai Penolong Pengarah di Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Ustaz Hasrizal dilantik sebagai Kaunselor Pelawat dan Muslim Chaplain pertama di Institut Jantung Negara (IJN) pada Februari 2007. |
| Kini, beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan Synergy Training & Consulting (STC), sebuah syarikat perundingan dan latihan yang menjalankan program-program pembangunan diri, terutamanya di kalangan remaja dan belia negara. Ustaz Hasrizal juga telah berjaya menghasilkan buku pertama beliau, AKU TERIMA NIKAHNYA, yang menjadi National Best Sellers, dengan 40 ribu naskhah terjual pada dua tahun pertama penerbitan. Beliau juga telah menulis enam buah buku iaitu, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, MURABBI CINTA, RINDU BAU POHON TIN, SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH, TRANSFORMASI RAMADAN dan EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA. |
| Berumahtangga dengan Dr. Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin, seorang pegawai perubatan dan pensyarah pelatih di Jabatan Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan UKM, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu, Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah, Muhammad Imaduddin dan Ahmad Muizzuddin. |
...........................................................................................................................................................
:: Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree ::
[ Mempunyai peminat seramai 15,487 di Page Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree]
| Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari). Pernah menuntut dan memperolehi ijazah dan sanad dari para guru di Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan Mesir. |
| Pengalaman berdakwah, membentangkan kertas kerja dan mengajar secara formal dan tidak formal lebih 10 tahun di pelbagai tempat di Malaysia, Singapura, United Kingdom, Republik Ireland, Australia, Jordan, Jepun, dan kepada para mahasiswa Nusantara di Universiti Al-Azhar, Mesir.|
|Telah memimpin pelbagai persatuan dan aktiviti pelajar dan belia dari tahun 1996 hingga tahun 2002. Bertanggungjawab menyelia dan menyemak puluhan kertas kerja, kajian dan buku karangan mahasiswa Al-Azhar. Juga aktif sebagai moderator agama di iLuvIslam.com serta penulis blog di aljoofre.iluvislam.com.|
|Pernah berkhidmat sebagai Konsultan Syariah kepada Syarikat Salamfone serta Mantop Consultancy and Training, serta Ahli Jawatankuasa Pengurusan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA). Kerap kali muncul di kaca TV melalui rancangan seperti “Tanyalah Ustaz”, “Hujah”, “Nasi Lemak Kopi O” di TV9 serta rancangan “Assalamualaikum” dan “Muhasabah” di TV Alhijrah, juga pengisi tetap rancangan mingguan di Radio IKIM.fm, “Baiti Jannati. Kini merupakan seorang pendakwah yang aktif ke seluruh negara dan menetap di Kuala Lumpur bersama seorang isteri dan tiga orang anak.|
................................................................................................................................................................
:: Muhamad Bin Abdullah Al-Amin ::
| Pernah menjadi pensyarah jemputan di Moscow State Universiti Rusia. Bermula 2003, mula merantau ke negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan ulama' yang ditemui di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turkey,Maghribi,Mesir dan lain-lain. Terlibat dengan operasi kemanusiaan di beberapa negara seperti Tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan, Gempa bumi di Jogjakarta, Gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain. Mengasaskan Sekolah Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim dan bersama Yayasan al-Ijabah di dalam program amal.|
| Dr Jamnul Azhar Mulkan, merupakan seorang Dr. Perubatan AL – AZHAR dan pendakwah aktif yang popular di Utara Semenanjung dan Kuala Lumpur. Fasih berbahasa Inggeris dan Arab. Sering mendapat jemputan sabagai panelis program Halaqah di TV 9 . Beliau juga sering terlibat program kemanusiaan ke Darfur, Pakisan dll. Menjawat jawatan tertinggi dalam Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Bekas penuntut Universiti Al Azhar ini juga menjawat jawatan yang tinggi di dalam PEMERAM. Namun beliau anti IRC semasa di sana. Balik ke Malaysia mula menjalankan housemanship di Perlis. Mengambil SRP pada usia 14 tahun dan SPM pada usia 16 tahun ini adalah bekas penuntut Maktab Mahmud Alor Setar Kedah tempat lahirnya para ilmuan. |
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang dan Selangor
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
........................................................................................................................................................
:: Ustaz Jamnul Azhar Mulkan ::
[ Mempunyai peminat seramai 1,260 di Page Dr. Jamnul Azhar ]
| Dr Jamnul Azhar Mulkan, merupakan seorang Dr. Perubatan AL – AZHAR dan pendakwah aktif yang popular di Utara Semenanjung dan Kuala Lumpur. Fasih berbahasa Inggeris dan Arab. Sering mendapat jemputan sabagai panelis program Halaqah di TV 9 . Beliau juga sering terlibat program kemanusiaan ke Darfur, Pakisan dll. Menjawat jawatan tertinggi dalam Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Bekas penuntut Universiti Al Azhar ini juga menjawat jawatan yang tinggi di dalam PEMERAM. Namun beliau anti IRC semasa di sana. Balik ke Malaysia mula menjalankan housemanship di Perlis. Mengambil SRP pada usia 14 tahun dan SPM pada usia 16 tahun ini adalah bekas penuntut Maktab Mahmud Alor Setar Kedah tempat lahirnya para ilmuan. |
..............................................................................................................................................................
:: Ustaz Don Daniyal ::
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang dan Selangor
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
.............................................................................................................................................................
:: Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin ::
[ Mempunyai peminat seramai 7,174 di Page Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ]
NAMA: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
NAMA PANGGILAN : Dr. MAZA
TAHUN LAHIR: 1971
TEMPAT LAHIR: Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang
PENDIDIKAN FORMAL:
- Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
- Kolej Islam Klang
- B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
- M.A Pengajian Islam USM.
Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
- Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies),
UIA (2003) Tajuk: Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz
Khas ‘ala al- Dawabit wa al-Ma’ayir.
- IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001)
.............................................................................................................................................................
No comments:
Post a Comment