
Aktif dalam bidang penulisan skrip drama dan cerpen serta pernah menjadi Ketua Satu PENAMA (Persatuan Penulis Negeri Melaka) dan sekarang ini menjadi Presiden NAFIS (Nadwah Persuratan Islam Malaysia). Turut aktif dalam kerja-kerja dakwah di dunia Islam dan juga di Barat.
Pernah memimpin ABIM negeri Melaka dan juga Pusat. Juga banyak menyampaikan kertas kerja mengenai Pengurusan Islam (Teori I), Integrasi dan Islamisasi Ilmu, keremajaan dan keibubapaan serta dialog tamadun dan antara agama.Menulis di ruangan Berita Harian, Utusan Malaysia dan Majalah I serta mengisi ruangan Santapan Rohani, Radio IKIM.fm dan program Santapan Minda, Selangor FM.
Selain itu, menjadi Lembaga Pengarah IKIM, Lembaga Pengarah Darul Quran Malaysia, Lembaga Pengarah IKMAS, JAKIM,Lembaga Penasihat Pendidikan Institut Integriti Malaysia, Lembaga Muafakat MARA dan Lembaga Akademi Ketamadunan.Berpengalaman sebagai guru selama 18 tahun dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki selama 5 tahun. Dilantik sebagai Timbalan Dekan Akademik
Pusat Matrikulasi UIA dan Dekan Pusat Matrikulasi dari 1992-1994. Dari tahun 1994-2002, menjadi Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kini, berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan di UIAM dan menetap di Padang
Balang, Sentul, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment